Mungkin Tuhan sengaja mahu
kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu
kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita
Akan tiba satu ketika di
dalam kehidupan apabila kita,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin,
Menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin di mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin ditujui,
Dan jadilah apa yang diinginkan,
Kerana kita hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan
Masa depan yang cerah
sentiasa berteraskan,
Kehidupan lalu yang telah dilupakan,
Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga kita melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam
Jadikanlah keredhaan Allah
itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur…
Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan…
Semoga redha Allah bersama kita…..
Kenangan itu kadangkala teramat pahit
untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya
indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andai hadirnya cinta
sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa
bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan
pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu
menghargainya…Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa …